Catatan

95 Hari

Imej
Degup jantung kini makin laju berdetak,  Adreanalin mengalir selubung tubuh,  Menyesak dada,  Sesak dengan rasa, Rasa tiada bicara mampu uraikannya.  Fikirku melayang menangkap wajah mulusnya,  Tiap saat dan tika,  Suara gemersiknya menghembus pipih telingaku.  Aduh! Sungguh hangat rasa cinta ini.  Memedihkan jiwa dan raga.  Jiwaku berontak hendakkan dia,  ragaku ingin sentuh belainya.  Tapi! Sabarlah duhai Jiwa,  Tenanglah duhai raga,  Masanya bakal tiba. Masa itu akan hadir,  Dengan penuh kasih ia hadir, Membawa erti cinta, Yang hakiki, Memeluk hiba penuh asyik, Hibanya runtun, Tangisnya bersama ukir senyum, Tika itu, Dia jadi milik mu, Ku jadi miliknya, Selamanya. Duhai pemilik hati, tinta ini ku ukir dengan rasa cinta yang membuak, semoga suatu hari nanti kita dapat bersama, berkongsi rasa, berteman tiap masa dan ketika, menjadi teman suka duka, gembira lara. Itu janjiku dan janjimu. Moga segalanya tidak sekadar mimpi dan impian yang tak kunjung tiba. Sekuntum mawar, Atas pedana, D

Generasi Milenial: Tandus Minat Politik, Taksub Manhaji.

Imej
Setelah hampir 3 bulan aku mengajar pelajar Tingkatan 6 Kisas, juga berinteraski dengan pelajar tingkatan 5 dan 4, aku cadang untuk rumuskan beberapa kesimpulan tentang karakter/perwatakan/model pemikiran generasi dikenali millenial ini.  Ini perkara pertama yang aku berjaya detect, iaitu budak-budak sekarang ini, mereka dah fedap dengan kacau-bilau sepak terajang dunia politik, mereka malas nak amik tau pasai siapa kerajaan, siapa pembangkang, bagi depa itu semua membebalkan. Yalahkan, siang malam duk pertahan support parti politik, alih-alih pakat melompat belaka, jadi apa fungsi nak pening fikir pasai ahli politik, marhaen merana, politikus kenyang bukan kepalang.  Aku jarang lah dengar ada budak yang sebut nama Anwar ka, Najib ka, TG Haji Hadi ka, Mahathir, lagi jauh sebut pasai Muhyidin ngn Ismail Sabri. Atas asbab mereka dah tandus minat pada politikus, jadi ke mana kah mereka akan arahkan minat mereka? Ya, sekarang ini mereka lebih menyebut-nyebut nama agamawan, atau mudahnya Us

Pagi Ahad di Taman Rakyat

Imej
  Pagi Ahad di Taman Rakyat Pagi ahad yang dingin nan redup. Otakku ligat berputar, mata liar merekod tingkah manusia, manusia di sekelilingku, walau kaki lagak bergerak, kadang berjalan, kadang berlari anak, aku tak henti fikir analisa sifat mereka. Sudah menjadi rutin mingguan setiap pagi ahad, aku akan jogging di Taman Rakyat Klang berdekatan dengan perumahan Sri Andalas. Aku boleh katakan bahawa aku sangat suka dan dah lama tak melihat evironment rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama terlihat mesra, bersulam antara satu dengan yang lain, lebar senyuman di serata tempat, menambah girang sang mentari yang baru mengerling di balik awanan pagi ahad. ******************** Oklah…aku tau ayat aku berbunga.. hahaha ok..aku try pakai ayat tak formal untuk gambarkan apa yang aku perhatikan sepanjang beriadah di sini. Hampa pun tak lah cringe sangat bila baca nanti. First sekali, kat sini ada beberapa kelompok dan jenis orang.  Kalau hampa masuk ja taman tu, akan ada sekumpulan aunty

Wanita Nan Dicinta

Imej
Si dia yang menggugah jiwa, Walau pertemuan sekejap cuma,  Ingin lagi aku menatapmu,  Tika telaga mata bertamu, Sepintas lalu,  Sekilas pandang,  Tiada banyak masa tika itu,  Aku berlaku pergi,  Kamu tetap di sana,  Meneruskan sisa tergendala.  Si dia yang menggugah jiwa,  Aku berkelana sepelosok alam raya,  Ketemu ramai wanita,  Namun kamu punya istimewa,  Yang tiada pada wanita selainnya.  Matamu indah nan bercahaya,  Wajahmu damai meruntun jiwa, Hatimu mulus, tulus dalam berkata, Tulus dan kudus bak nirmala,  Tiada aku jumpa wanita sesempurna untuk diriku yang hina.  Si dia yang menguggah jiwa,  Ini mungkin tidak lah secara terus,  Kerana lidahku belum cukup lurus, Aku berharap agar engkau menjadi pendamping hidupku,  Hingga hari tuaku,  Membina mahligai bersama.  Hingga ke syurga.  Warkah ini dari pemilik jiwa yang tergunggah kepada wanita nan dicinta.  Pemilik hatiku. 2.11.2021 Klang,  Selangor.

Ma’na Kawan

Kerap kali kita struggle untuk mencari ma’na dan terjemahan sebenar apa itu kawan.  Bagi aku, ‘kawan’ pada pandang serak aku, tika mana di bangku sekolah, itulah istilah kawan yang sangat dekat dengan kita. Dan aku dikelilingi dengan kawan yang sama cara fikir, sama gaya hidup, sama perangai, ya dan tentu sekali sama jantina. Itulah kepompong kawan pada tafsiran aku. Tiada istilah dalam kamus hidup aku kawan perempuan, jika ada kenalan, samada sebagai rakan sekerja, sepersatuan tidakpun sebagai murid.  Itu saja. Namun, pandanganku kembali menyerak semula 180 darjah ketika aku masuk ke alam pekerjaan. Ringkasnya di tempat kerja lama ini, aku dikelilingi dengan kawan wanita, ini kerana dalam bilik guru, ada lebih kurang 10 orang cikgu wanita dan aku seorang ustaz! Ya! Mau tak mau aku kena berkawan dengan mereka, dan ketika inilah aku baru kenal tentang    wanita dan serba sedikit cara mereka berfikir. Ini suatu yang baharu bagi aku. Paling aku tidak lupakan, suatu hari, ada seorang anak

Hilang

Imej
Sayup, Matamu tertutup, Wajah nan redup. Sembunyi, Lidahmu bernyanyi, Bernada sunyi, Di sebalik runut bunyi. Senyummu tawar,  Laksana mawar, Hilang seri, Diragut mentari. Tertunduk, Terduduk, Terpunduk. Lemah,  Resah, Punah,  Tiada arah.  Ingatlah,  Tuhan masih ada, Untuk kamu berserah. -DKMN- 260821

Madu-maduKu

Imej
Sebelum aku perpanjangkan kalam, nak buat clarify sikit tentang clickbait pada judul entry kali ini, kerana madu ini walaupun secara literalnya sebagai satu nama makanan yang dihasilkerjakan oleh binatang yang bernama lebah, namun kondisi sosio masyarakat menyebabkan perkataan ini terpaksa mengendong konotasi negatif yang sangat ditakuti oleh para wanita. Kah! Ok, sebenarnya yang aku maksudkan adalah ~madu’- madu’ku~ dari perkataan arab  مدعو  yang bermaksud orang yang didakwah, iaitu hal ehwal audien dakwah aku.  Baik, kenapa aku nak cakap tentang madu’ ini? Sebab aku rasakan ini antara salah satu cabaran mental dan fizikal yang aku perlu papah kini, dan ia memerlukan kudrat serta kemahiran men’tune’ kepala otak    aku khususnya bagi menghadapi madu’-‘madu’ ini. Ia bukan satu kerja yang mudah semudah membuat ABC. Huh. Untuk mudahkan kefahaman, aku simpulkan sekarang di hadapan aku ada 3 lapisan audien: Kanak-kanak Orang tua Mahasiswa Yang pertama, audien kanak-kanak, ini menjadi cabar